- pm @ office BAN, ermmm mama tumpg puas hati hr ni, hehehhehe.. harharharhar with evil laugh!!

ermm tp bler mama pk2kan luahan hati perasaan sahabat mama td geram + terase mmg xadil sungguh kehidupan ni... tp mcm yg tertulis...

quote:

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan Hari Akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedhaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya.

Sehingga ada insan yang dijatuhkan maruahnya, ditipu atau diceroboh hartanya,

disiksa jasad, bahkan dibunuh tubuhnya secara zalim. Tanpa kesalahan, tanpa
kejahatan, tanpa dosa yang menghalalkan itu semua. Namun dek dia manusia
bawahan, atau keadaan yang tidak membolehkan dia mempertahankan dirinya
maka dia terpaksa mengharungi kekejaman ke atas dirinya. Tercungap-cungap
tanpa pembelaan. Lantas dia pergi meninggalkan dunia ini sebagai insan
teraniaya tanpa dibela.

Jikalah dunia berakhir dengan sebuah kematian di bumi semata, tanpa manusia dibangkitkan semula dan dihitungkan segala amalan dan kerjanya, tentulah kehidupan ini sesuatu yang amat tidak adil. Atau kehidupan ini hanyalah pentas drama kezaliman dan penindasan semata. Namun Maha Suci Tuhan dari menjadikan kehidupan sia-sia.


Firman Allah: (maksudnya) maka apakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu dengan sia-sia dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Maha Benar; tiada yang diabdikan diri melainkan

Dia, Tuhan Yang mempunyai ‘arasy yang mulia (Surah al-Mukminun ayat: 115-116).

Teringat acik nukilan dari sebuah buku Panduan Menghadapi Mati.. "Seandainya selepas mati kiter akan dibiarkan begitu sahaja, maka mati menjadi suatu kesenangan bagi yg hidup... Nyatalah selepas mati kiter akan dibangkitkan dan akan ditanyai akan sesuatu yg kiter perbuatkan"...


Acik teringat kata² shbt acik yg juga seorg peminat pasukan bola Manchester United... dia kata gaji pemain MU nie, seminggu jer dah menyamai RM600k duit gaji org kiter... mewah sungguh diorg nie... boleh beli itu ini... hidup senang lenang hanya dgn main bola jer... perghh... nikmatnyer idup diorg nie...


Acik teringat balik ceramah ustaz shamsuri ahmad mengenai kelazatan disyurga... katanyer kenikmat didunia sebenarnyer hanyalah secubit atau secebis sahaja dari kenikmatan yg ada disyurga... kalau sebagai cth tadi pemain bola tue dpt gaji byk, dpt hidup mewah, kat syurga kelak lagi mewah diorg akan perolehi... antara nak percaya dgn tak percaya jer kiter nie...


Wallahu a'lam bisshawab.


unquote.

mmg dunia ni bukan kebahagian sejati buat mukmin .. sebaliknya akhirat tu yg menanti dgn penuh keindahan, bg yg beriman dan bertaqwa pdNYA.... dn sesungguhnya kemanisan terindah tu bukan mudah nk dpt... mge hati mama lebih tetap pdNYA....




byk sungguh yg nk kene repair... satu masalah mama plg besa, melembutkan hati yg sekeras batu ni! tahap kebencian yg melampau telah mengaburi segala kebaikan.... huh!